OmegaGuard
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA)
merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA
dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem
saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan
tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,
merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Omega 3 adalah asid lemak yang penting (EFA), dan tidak boleh
diperbuat oleh badan kita . Kebanyakan orang tak mendapat cukup omega-3, dan
orang yang dalam darahnya ada mengandungi trigliserida yang tinggi perlu
lebih banyak omega-3. Asid lemak Omega-3 boleh didapati dalam minyak ikan dan
tumbuhan tertentu. Minyak ikan mengandungi kedua-dua DHA dan EPA, manakala
walnut, flaxseed, dan minyak zaitun mengandungi ALA. ALA ni akan diuraikan
kepada EPA dan DHA, jadi ia bergantung pada tubuh juga… kalau enzim dalam badan
tak berapa bagus, tak banyak lah ALA yang diuraikan. Haa… jangan taktau dalam
Omega Guard Shaklee ada semua tu.. DHA, EPA, ALA…
EPA penting untuk kesihatan jantung dan sendi, manakala DHA adalah
penting untuk perkembangan dan fungsi otak .
Faedah & kepentingan Omega-3:
- Merendahkan tahap trigliserida
dalam darah
- Mengurangkan risiko serangan
sakit jantung
- Mengurangkan risiko ritma
jantung tidak normal yang berbahaya
- Mengurangkan risiko strok
- Melambatkan pembentukan plak
atherosclerotic
- Merendahkan tekanan darah
- Mengurangkan kekakuan dan
kelembutan sendi
- Mengurangkan risiko penyakit
jantung koronari.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan
kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat
Mengapa Omega Guard Shaklee?
Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50
tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu
sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak
pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum
yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang
boleh memberi kesan toksik.
Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard?
- Ibu hamil
- Ibu menyusu
- Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
- Lelaki
- Warga Emas
- Mereka yang mengalami darah
tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
- Mereka yang mementingkan
kehidupan sihat